Pages

Tuesday, January 22, 2013

~nmpak simple tapi merbahaya~

Salam kwn2 meow..
(=’v’=)

Lama giler rsnyer tk dpt menghapdet blog dgn kerap sekali…tapi kenkwn kat fb ada juga men komen2 untuk sentiasa tau apa kbr kwn2 semua…semoga tahun baru ni korang2 semua bertambah ohsem…:)

Entri kali ni lain sedikit dr biasa, tp perlu di kongsi bersama supaya sesuatu penyakit tu walaupun demam biasa kita jgn anggap mudah shj...

bulan 8 (thn lps) selepas raya tak silap aku…aku dh start terbersin…tetapi aku anggap perkara biasa

Ni pun jenis kesilapan diri sendiri…aku jns kalau setakat demam ke…selsema ke (selsema aku jarang kena) memang aku tak g klinik pun…kdg2 aku g dtg kerja juga…sebab aku rs masih larat lagi…tp kita tak tahu ketahanan badan kita terhadap sesuatu penyakit ni…sebab aku tak mau manjakan sgt badan…sakit sikit2 nak telan ubat…makan ubat byk2 pun tak elok kan…tapi itulah..degil! ni kutuk diri sendiri la ni..ngeeee~

Tapi makin lama bila aku bersin rongga muka rs sakit berdenyut2…smpai kdg2 kepala leh pening, tengkuk lagilah…jd aku pikir mgkin aku selalu OT lik jauh2 malam…berembun la tu kot (berembun mende..duk dlm ofis je)…sedapkan hati…positif..positif…

Makin lama aku perasan setiap kali bangun pagi aku akan terbersin…bukan sekali kdg2 tak berhenti selama 4  5 kali bersin pastu sambung lagi..aku pikir positif lagi..mgkin bgn pagi2…tejukkk…prrrrprrr…mgkin…kdg2 berlarutan smpai mlm…nak kerja pun rs tak selesa…

Sampailah raya haji…aku rasa dh sebulan lebih dh aku kerap bersin kdg2 smpai ke malam aku selsema tak berhenti2…demam tak ada…smpai g kerja pun budak2 ofis kata muka aku mcm org menangis…yelah dh bersin2…mata merah…hidung…pipi dahi pun turut merah…hehe..hidung gatal tak hengat! Aku fikir resdung…yer…resdung kot…tp selama ni bertahun2 makan belacan mcm makan ais krim…:P xde apa2…orait je…

Aku cuba makan panadol soluble, ada lah kurang skit2…aku ok je makan ubat cuma kdg2 sakit sikit2 ni aku jns mls la nak manjakan sgt diri…Makin lama makin teruk…kdg2 suara aku pun jd kasar…mcm sakit tekak…batuk malam2 tu dh jd kebiasaan…pelik juga…badan tak panas pun…sampaikan angin kipas pun aku xleh kena…rasa nak terajang kipas angin! Wachaaaa!….gitulah nak mengambarkan keadaan betapa tak sukanya kipas angin yg leh buat aku xleh bernafas dan terbersin bagai nak giler…rasa nak tercabut dahi dan hidung kalau dtg gatal hidung tahap melampau ni…

Sehinggalah bulan November thn lepas….aku bgn pagi2 (bersin mmg ada je time tidur je xbersin)…hntar kwn nak ke KLIA…pas hntar tu lik ke rumah…tiba2 terbersin lagi…terkejutnya aku sebab bersin aku tu bercampur darah…tak pernah2 jadi mcm ni…terkejut beruk jugalah…pehal plak hidung aku ni…

Pastu aku g klinik (haa br ingat nak g klinik…degil…kata memet kepada ku) sinus yg agak kronik dah leh dipgl radang…jd dia bg ubat khas untuk tu dan tahan gatal segala bagai…memang mkn ubat tu esok pagi lobang hidung aku terasa tiada halangan apa2…nak bau pun senang…apatah lagi nak bersih2kan tmpat anak2..sebelum ni ms dh kena tu memang aku tak tahan..bukan tak tahan kerana bau ke hape..tapi tak tahan bila terkena air…habuk pasir berterbangan…memang aku tak tahan…..kdg2 tak ada apa2 pun aku leh terbersin…aku terpaksa tutup dgn towel atau apa2 yg leh di buat penutup hidung…serba serbi rs tak best…nak bergerak lebih2 kehulu ke hilir pun terbatas krn bersin dan berhingus xhbs2…air je pun…erm…(sib baik ada yg membantu, terima kasih)
 
sinus selalu org kebanyakan mengatakan ianya resdung…memang sinus dan resdung ada kaitan…dr sumber2 leh dipercayai, dr apa yg doctor kata kat aku dan juga aku cari kat tenet2 ni…dgn org yg pernah kena cm membezakan mereka kena yg kronik atau tahap biasa shj…

 
sinus itu adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Rongga² udara nie terbahagi kepada 4 bahagian iaitu maxillary (bahagian bawah), ethmoid (bahagian dalam mata), frontal (bahagian atas mata) dan sphenoid.  Membran yang melapisi rongga² sinus ini berfungsi mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung. 


radang sinus terjadi bila berlaku jangkitan pada lapisan membran pada rongga sinus.. semua orang dalam dunia nie boleh kena...jangkitan sinus paling simple ialah hidung berhingus, tersumbat tapi tahap biasa kita panggil selsema sahaja.. belum sampai radang.. dia akan dipanggil radang sinus (sinusitis) biler dah dicerobohi kuman:

1)  Radang Sinus Akut (acute)
2)  Radang Sinus Kronik

Gejalanya ialah kerap bersin, hidung tersumbat, sukar bernafas (memang nak tidur terpaksa aku mengiring), batuk teruk di waktu malam, sakit kepala atau muka, hilang deria rasa dan bau…(yer aku dh rasa selama sebulan…nak mkn apa pun rs xbest)

Radang sinus akut selalunya hanya selsema dan bersin dlm seminggu je tapi kalau dh berbulan2 mcm aku ni dh dikategorikan radang sinus kronik…memang kena cpt2 buat rawatan…nmpak mcm simple..tapi sgt2 membahayakan…aku kata bahaya sebab apa..sebab virus tu leh menular ke tmpat2 lain kadang2 leh berjangkit ke paru2…hinggus yg berwarna cerah tu leh bertukar menjadi nanah…errrr nana takpe gak ni nanah…

Tanpa rawatan rongga lam hidung akan membengkak dan bernanah, leh merebak ke mata, dibiarkan leh menganggu penglihatan, nanah yg mengalir dari belakang hidung atau tekak akan menyebabkan infeksi dan menyebabkan tonsil..kuman dr tekak leh plak gi jalan2 cari hal ke bhgian tgh telinga…leh la btkan telinga sakit..rs denyut2 melampau tahap gaban…berdengung je…dan kurang pendengaran…(oh hrp2 tidak)

Kalau masih degil tak bt rawatan nanah tu leh berkumpul dan memecahkan gegendang telinga kita dan leh la geng ngn badak pastu….infeksi tonsil peringkat kedua leh merebak ke peti suara, suara leh jadi serak, tak rawat kuman leh turun mcm men dam ular tu…ke paru2…dan menyebabkan PNEUMONIA (jangkitan paru2….lebih detail lg jgkitan ni akan menyebabkan bahagian paru2 yg terjangkit ni tak boleh menjalankan tugas nya sendiri itu bermakna oksigen tidak dpt disalurkan sepenuhnya kat dlm bdn kita!) mcm2 kesan dr sinus ni..

Dan yg paling xtreme bila kuman dari rongga sinus ni merebak ke bahagian otak dan menyebabkan MENINGITIS (kerosakan pd lapisan kulit yg menutup otak dan sumsum tulang belakang, ni semua termasuk organ2 saraf pusat dan segala bagai aduh aku pun tak reti lagi nak terangkan sbb dulu belajar tak tinggi bertingkat2 sbb tu xleh jd doctor..hehehe…radang otak ler paling senang nak paham..) tapi leh disamakan lama2 tidak dirawat umpama hard disk sesebuah computer itu rosak…apa jadi? Paham2 la…


Selain dpt rawatn doktor kena rehat secukupnya (yer rehat secukupnya dh lama aku tak rasa)…bernafas dalam wap pns dari semangkuk air (ditmbah mintak angin lam air tu) lap muka dgn kain yg di basahkan dgn air suam, hirup sup atau minum teh pns…byk kan minum air…

Ada juga kalau dh melampau2 kronik gna steroid nasal spray untuk kurangkan bengkak, makan antihistamine untuk meredakan atau melakukan pembedahan untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus…(cuci??? Takutnyerrrsssss)

Nak menghindar radang sinus ni diantaranya pengudaraan udara dlm rumah dlm keadaan baik, gunakan pembersih vakum yg menggunakan pelapis udara, jgn minum arak, amek ubat selsema sebelum berenang atau menyelam dan hindari haiwan peliharaan spt anjing atau kucing..

Yg len aku leh terima lagi tp bab KUCING…oh tidak…itu nyawa ku…sakit ke tidak beliau2 tu sntiasa ada disisiku..sbb doktor bukan Tuhan…ats diri kita untuk mengelak kan semua tu…byk benda leh kita ikhtiarkan selagi terdaya…aku skang ni makan pun pantang…hari tu terlupa tgk sambal ikan kembung…aku makan…tak smpai 15minit…hidung aku gatal termasuk ronga2 pipi…gatal dia…satu mcm..bersin bersambung2…telan ubat…tp ubat mengantuk plak..erm ni kes xingat lah ni…jd pantang mengalahkan org bersalin…skang ni tgk telur kuning pun tak heran kalau dulu…xdpt rasa nak nanes…hehehe…

Skang yg aku perasan aku dh kurang eh tak bukan kurang tapi memang tak makan makanan yg menyebabkan gatal cthnya makanan laut (feveret tu adehla)..belacan, ikan bilis dan benda yg sejuk2 dan sewaktu dgnya..

Sekurang2nya ini semua dugaan untuk melihat sejauh mana kasih syg aku terhadap anak2 bulus aku...

Nasihat aku pd kawan2…segeralah berjumpa doktor kalau ada apa2 wlupun kdg2 nampak mcm biasa tapi bila dh merebak atau tak tau memang agak membahayakan…



Erydcat:

Anak2..wlupun kdg2 bie mrh2 sbb bie tak sihat, 
tapi xkisahlah bie sakit apa…kamu2 semua jgn kemana2…
sntiasa dihati dan dekat disisi bie…bie syg kamu semua…



*ada yg aku ambil info dr blog2 di tenet cm aku tak ingat blog mana...

4 comments:

Ms J said...

Semoga cepat sembuh... emm.. ce cuber try pakai air ionizer @ pembersih udara kat rumah. Eh.. ke dah ada? Kalau takde mungkin dpt bantu kurangkan

Ubat Resdung said...

Ery cuba try Ubat Resdung Bella Formula, insyaallah yg terbaik setakat ini di Malaysia.

Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun suggest ubat ni. hehehe :)

Ada pelanggan saya seorang pesakit resdung level 2 pun dah semakin berkurang resdung dan x ambil dah rawatan bulanan di pusat rawatan resdung. Alhamdulillah, semua dengan izin-NYA sahaja :)

http://ubat-resdung.com/
SMS/WHATSAPP 017-5601956

Dila said...

kena buat rawatan cuci darah, rasanya sebab banyak kotoran dalam badan

safiah adibah said...

Dasyatnya masalah resdung awak..kalau bersin berdarah memang resdung kronik. Kena hilangkan radang dulu. Saya dah kurang sgt resdung. Udang pun dah boleh makan alhamdulillah :)

Post a Comment

 

Copyright © eRy D cAt. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert