Pages

Tuesday, January 22, 2013

~nmpak simple tapi merbahaya~

Salam kwn2 meow..
(=’v’=)

Lama giler rsnyer tk dpt menghapdet blog dgn kerap sekali…tapi kenkwn kat fb ada juga men komen2 untuk sentiasa tau apa kbr kwn2 semua…semoga tahun baru ni korang2 semua bertambah ohsem…:)

Entri kali ni lain sedikit dr biasa, tp perlu di kongsi bersama supaya sesuatu penyakit tu walaupun demam biasa kita jgn anggap mudah shj...

bulan 8 (thn lps) selepas raya tak silap aku…aku dh start terbersin…tetapi aku anggap perkara biasa

Ni pun jenis kesilapan diri sendiri…aku jns kalau setakat demam ke…selsema ke (selsema aku jarang kena) memang aku tak g klinik pun…kdg2 aku g dtg kerja juga…sebab aku rs masih larat lagi…tp kita tak tahu ketahanan badan kita terhadap sesuatu penyakit ni…sebab aku tak mau manjakan sgt badan…sakit sikit2 nak telan ubat…makan ubat byk2 pun tak elok kan…tapi itulah..degil! ni kutuk diri sendiri la ni..ngeeee~

Tapi makin lama bila aku bersin rongga muka rs sakit berdenyut2…smpai kdg2 kepala leh pening, tengkuk lagilah…jd aku pikir mgkin aku selalu OT lik jauh2 malam…berembun la tu kot (berembun mende..duk dlm ofis je)…sedapkan hati…positif..positif…

Makin lama aku perasan setiap kali bangun pagi aku akan terbersin…bukan sekali kdg2 tak berhenti selama 4  5 kali bersin pastu sambung lagi..aku pikir positif lagi..mgkin bgn pagi2…tejukkk…prrrrprrr…mgkin…kdg2 berlarutan smpai mlm…nak kerja pun rs tak selesa…

Sampailah raya haji…aku rasa dh sebulan lebih dh aku kerap bersin kdg2 smpai ke malam aku selsema tak berhenti2…demam tak ada…smpai g kerja pun budak2 ofis kata muka aku mcm org menangis…yelah dh bersin2…mata merah…hidung…pipi dahi pun turut merah…hehe..hidung gatal tak hengat! Aku fikir resdung…yer…resdung kot…tp selama ni bertahun2 makan belacan mcm makan ais krim…:P xde apa2…orait je…

Aku cuba makan panadol soluble, ada lah kurang skit2…aku ok je makan ubat cuma kdg2 sakit sikit2 ni aku jns mls la nak manjakan sgt diri…Makin lama makin teruk…kdg2 suara aku pun jd kasar…mcm sakit tekak…batuk malam2 tu dh jd kebiasaan…pelik juga…badan tak panas pun…sampaikan angin kipas pun aku xleh kena…rasa nak terajang kipas angin! Wachaaaa!….gitulah nak mengambarkan keadaan betapa tak sukanya kipas angin yg leh buat aku xleh bernafas dan terbersin bagai nak giler…rasa nak tercabut dahi dan hidung kalau dtg gatal hidung tahap melampau ni…

Sehinggalah bulan November thn lepas….aku bgn pagi2 (bersin mmg ada je time tidur je xbersin)…hntar kwn nak ke KLIA…pas hntar tu lik ke rumah…tiba2 terbersin lagi…terkejutnya aku sebab bersin aku tu bercampur darah…tak pernah2 jadi mcm ni…terkejut beruk jugalah…pehal plak hidung aku ni…

Pastu aku g klinik (haa br ingat nak g klinik…degil…kata memet kepada ku) sinus yg agak kronik dah leh dipgl radang…jd dia bg ubat khas untuk tu dan tahan gatal segala bagai…memang mkn ubat tu esok pagi lobang hidung aku terasa tiada halangan apa2…nak bau pun senang…apatah lagi nak bersih2kan tmpat anak2..sebelum ni ms dh kena tu memang aku tak tahan..bukan tak tahan kerana bau ke hape..tapi tak tahan bila terkena air…habuk pasir berterbangan…memang aku tak tahan…..kdg2 tak ada apa2 pun aku leh terbersin…aku terpaksa tutup dgn towel atau apa2 yg leh di buat penutup hidung…serba serbi rs tak best…nak bergerak lebih2 kehulu ke hilir pun terbatas krn bersin dan berhingus xhbs2…air je pun…erm…(sib baik ada yg membantu, terima kasih)
 
sinus selalu org kebanyakan mengatakan ianya resdung…memang sinus dan resdung ada kaitan…dr sumber2 leh dipercayai, dr apa yg doctor kata kat aku dan juga aku cari kat tenet2 ni…dgn org yg pernah kena cm membezakan mereka kena yg kronik atau tahap biasa shj…

 
sinus itu adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Rongga² udara nie terbahagi kepada 4 bahagian iaitu maxillary (bahagian bawah), ethmoid (bahagian dalam mata), frontal (bahagian atas mata) dan sphenoid.  Membran yang melapisi rongga² sinus ini berfungsi mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung. 


radang sinus terjadi bila berlaku jangkitan pada lapisan membran pada rongga sinus.. semua orang dalam dunia nie boleh kena...jangkitan sinus paling simple ialah hidung berhingus, tersumbat tapi tahap biasa kita panggil selsema sahaja.. belum sampai radang.. dia akan dipanggil radang sinus (sinusitis) biler dah dicerobohi kuman:

1)  Radang Sinus Akut (acute)
2)  Radang Sinus Kronik

Gejalanya ialah kerap bersin, hidung tersumbat, sukar bernafas (memang nak tidur terpaksa aku mengiring), batuk teruk di waktu malam, sakit kepala atau muka, hilang deria rasa dan bau…(yer aku dh rasa selama sebulan…nak mkn apa pun rs xbest)

Radang sinus akut selalunya hanya selsema dan bersin dlm seminggu je tapi kalau dh berbulan2 mcm aku ni dh dikategorikan radang sinus kronik…memang kena cpt2 buat rawatan…nmpak mcm simple..tapi sgt2 membahayakan…aku kata bahaya sebab apa..sebab virus tu leh menular ke tmpat2 lain kadang2 leh berjangkit ke paru2…hinggus yg berwarna cerah tu leh bertukar menjadi nanah…errrr nana takpe gak ni nanah…

Tanpa rawatan rongga lam hidung akan membengkak dan bernanah, leh merebak ke mata, dibiarkan leh menganggu penglihatan, nanah yg mengalir dari belakang hidung atau tekak akan menyebabkan infeksi dan menyebabkan tonsil..kuman dr tekak leh plak gi jalan2 cari hal ke bhgian tgh telinga…leh la btkan telinga sakit..rs denyut2 melampau tahap gaban…berdengung je…dan kurang pendengaran…(oh hrp2 tidak)

Kalau masih degil tak bt rawatan nanah tu leh berkumpul dan memecahkan gegendang telinga kita dan leh la geng ngn badak pastu….infeksi tonsil peringkat kedua leh merebak ke peti suara, suara leh jadi serak, tak rawat kuman leh turun mcm men dam ular tu…ke paru2…dan menyebabkan PNEUMONIA (jangkitan paru2….lebih detail lg jgkitan ni akan menyebabkan bahagian paru2 yg terjangkit ni tak boleh menjalankan tugas nya sendiri itu bermakna oksigen tidak dpt disalurkan sepenuhnya kat dlm bdn kita!) mcm2 kesan dr sinus ni..

Dan yg paling xtreme bila kuman dari rongga sinus ni merebak ke bahagian otak dan menyebabkan MENINGITIS (kerosakan pd lapisan kulit yg menutup otak dan sumsum tulang belakang, ni semua termasuk organ2 saraf pusat dan segala bagai aduh aku pun tak reti lagi nak terangkan sbb dulu belajar tak tinggi bertingkat2 sbb tu xleh jd doctor..hehehe…radang otak ler paling senang nak paham..) tapi leh disamakan lama2 tidak dirawat umpama hard disk sesebuah computer itu rosak…apa jadi? Paham2 la…


Selain dpt rawatn doktor kena rehat secukupnya (yer rehat secukupnya dh lama aku tak rasa)…bernafas dalam wap pns dari semangkuk air (ditmbah mintak angin lam air tu) lap muka dgn kain yg di basahkan dgn air suam, hirup sup atau minum teh pns…byk kan minum air…

Ada juga kalau dh melampau2 kronik gna steroid nasal spray untuk kurangkan bengkak, makan antihistamine untuk meredakan atau melakukan pembedahan untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus…(cuci??? Takutnyerrrsssss)

Nak menghindar radang sinus ni diantaranya pengudaraan udara dlm rumah dlm keadaan baik, gunakan pembersih vakum yg menggunakan pelapis udara, jgn minum arak, amek ubat selsema sebelum berenang atau menyelam dan hindari haiwan peliharaan spt anjing atau kucing..

Yg len aku leh terima lagi tp bab KUCING…oh tidak…itu nyawa ku…sakit ke tidak beliau2 tu sntiasa ada disisiku..sbb doktor bukan Tuhan…ats diri kita untuk mengelak kan semua tu…byk benda leh kita ikhtiarkan selagi terdaya…aku skang ni makan pun pantang…hari tu terlupa tgk sambal ikan kembung…aku makan…tak smpai 15minit…hidung aku gatal termasuk ronga2 pipi…gatal dia…satu mcm..bersin bersambung2…telan ubat…tp ubat mengantuk plak..erm ni kes xingat lah ni…jd pantang mengalahkan org bersalin…skang ni tgk telur kuning pun tak heran kalau dulu…xdpt rasa nak nanes…hehehe…

Skang yg aku perasan aku dh kurang eh tak bukan kurang tapi memang tak makan makanan yg menyebabkan gatal cthnya makanan laut (feveret tu adehla)..belacan, ikan bilis dan benda yg sejuk2 dan sewaktu dgnya..

Sekurang2nya ini semua dugaan untuk melihat sejauh mana kasih syg aku terhadap anak2 bulus aku...

Nasihat aku pd kawan2…segeralah berjumpa doktor kalau ada apa2 wlupun kdg2 nampak mcm biasa tapi bila dh merebak atau tak tau memang agak membahayakan…



Erydcat:

Anak2..wlupun kdg2 bie mrh2 sbb bie tak sihat, 
tapi xkisahlah bie sakit apa…kamu2 semua jgn kemana2…
sntiasa dihati dan dekat disisi bie…bie syg kamu semua…



*ada yg aku ambil info dr blog2 di tenet cm aku tak ingat blog mana...

Thursday, January 17, 2013

~PACAI dan PUTIH~


Salam kwn2 meow..

entri kali ni ery nak carikan tuan baru untuk PACAI dan PUTIH..terpaksa..memang terpaksa..kalau boleh nak tgk mereka selalu ada depan mata...dh syg tapi nak bantu lebih2 kita tak mampu...sekadar berkongsi ksh syg, rezeki dan ada msnya berkongsi masa sehinggakan ketepi yg lain...

lagi PUTIH bunting...bila2 ms je akan beranak...sayu hati bila dpt tahu seekor manager nak pgl org tangkap2 stray cat kat area ni..termasuklah si PUTIH dan PACAI...sudahnya akan di PTS..ermmm cabut2 nyawa ni bukan kerja kita...

marah tu hanya Tuhan yg tahu...tgk muka manager tu bila setiap kali dia lalu depan bilik ofis aku ni rasa nak keluar terus tumbuk batang hidung kasi berdarah tak boleh bernafas biar bernafas ikut mulut! ish..kejam pula...xkan aku nak jadi mcm dia...tidak...

nak tanggani benda2 mcm ni bukan dgn kekerasan walaupun aku tak tau tindakan aku kemudian hari...entah lah..yg penting sekarang sebelum apa2 lebih baik aku carikan tuan baru untuk mereka...sekurang2nya terlepas dr ditangkap...itulah kalau duk rumah tak bertingkat2 ni kan senang xpyh susah2, bie angkut korang bawak balik lg senang..tgl jela ngn bie ni...xde sapa nak mrh...xde sp nak bising2..lebih selamat, kalau kat cni dgn kereta lalu lalang lg...teringat plak kisah si KATIK...sedih...

tak sanggup rasanya setiap kali dtg kerja atau balik kerja terlihat jasad2 kamu bergelimpangan di langgar kete atau motor...bie sedih sebenarnya...terutama apa yg terjadi kat si KATIK, BULAT dan yg terbaru si BABY (sebab rupa kaler sama ngn baby chika)

bie tak mintak duit org pun..xminta simpati sapa2 nak suh tgk2 kan korang, bg makan korang...tp ada juga yg susah hati dan dengki dgn apa yg bie bt kat korang..kenapa? punyalah cetek ilmu smpai leh kata semua yg ada kotor2 di kwsn ni disebabkan aku yg bawak stray cat ni masuk kwsn kerja...sapa2 yg dgr pun akan geram kan...aku ni tahan je BARAN aku, sedangkan si PUTIH tu memang dh dr kecil berada disini sebelum aku keje kat branch yg ini...tetapi yg hairan bin ajaibnyer...tak ada pun aku dpt apa2 memo atau poster2 mengatakan JGN BAGI MAKN KUCING...atau terus pgl aku bgtau jgn bg makan kat stray cat...oh lupa...sebenarnya kat cni print dan bt poster aku..ermm patutlah aku tak terima...takut berdepan ngn aku kot...ish3x..pengecut rupanya..

jd jika ada kwn2 yg sudi nak sharekan pun boleh sapa2 yg sudi adopt si PACAI dan PUTIH...janji mereka benar2 terima seadanya PUTIH dan PACAI ni...sbb dua ekor ni stray cat...bukan asal kucing lam rumah..kena phm sikap mereka..bukan terus2 leh bermanja...lagi2 si PUTIH ni bunting...kalau yg adopt dia dh tentu2 akan dpt bukan seekor..mgkin lam perut dia anak2 dia 6 ekor ke 4 ekor ke..jd byk komitmen tu...mereka manja..itu pd sy pd org len sy tidak tau...tp sy tgk mcm ok je..kena pelan2 la...

ada juga yg komen kat gmbar PUTIH mngatakan kalau jual leh dpt ribu2...ermmm kalau leh tak maulah ada yg nak ambil kesempatan..kalau nak adopt..pikirlah komitmen bukan diberi sehari sebulan atau setahun...selagi hayat mereka ada...

PACAI betina umur aku agak dlm setahun lebih kot...bg aku dia bersih
PUTIH sedang bunting....erm...sentiasa comot tetapi tetap menten cun...
AREA: Setapak K/L
 
terima kasih pd kw2 yg sudi sharekan...Allah S.W.T shj yg mampu membalas jasa2 korang...


harap2 lg cepat lg bagus mereka dpt rumah baru sbb bila2 ms je mamat wayar tercabut tu akan pgl org tgkap stray kat cni..hrp2 aku xbersilat la waktu tu...


erydcat:
sungguh jiwa kacau...




~allergic kucing~


Salam kwn2 meow...
(='v'=)

sesiapa yg folo blog ery yg tak seberapa ni mesti tau kisah yatimah..dan stray cat yg len di tmpat keje ery...dan seorang eh seekor manager yg tak suka kucing..mgkin hanjing kot dia...nampak kucing je terus 'allergic'..nak bercekau je kerjanya...grrrr...

dulu mgkin tak jadi dia nak pgl2 org tangkap...sekarang dgn sumber yg diketahui dan org kanan dia bgtau ery, mamat tu nak panggil org tgkap meow2 kat tmpat keje ni...

nama aku yg xseglamer retis ni selalu naik ms meeting safety n health (wlupun aku tak masuk bilik meeting pun ada yg bgtau aku)..wahhh...ngalah kan virus plak aku ni kan...tapi yg pelik xada SEEKOR pun tegur aku jgn bg makan kucing...kenapa? cuba lah tegur terus depan2 ni tidak main ckp2 kat org len...aih..manager pun takut kew???..kan senang aku SEKOLAH kan...kecut semua benda?

ni lalu depan bilik aku..pandang tempat len kalau aku pandang dia...sbb aku dah bersedia...dah byk point2 penting dlm poket aku ni yg nak dibentangkan...erm...ada jg kurangnya tikus krn putih selalu bunuh tikus2 disini..itu pun tak nmpak ke?

ntah lah..susah kalau kt bt baik tapi org pndang arah lain...aku bg makan kat luar...betul2 kat kereta aku...tp korang tau2lah kan stray cat ni..nmpak aku turun ofis dia punya terkinja2 mcm dh setahun tak jumpa..dia ikut jelah aku...mengekori org len tgk semua kata aku yg bwk masuk...aku dh halau2..tp nak bt mcmana...mereka tak phm..

aku hnya bg mereka biskut2 dan wetfood je..aku tak pnh bg sisa2 makanan kat diorg..yg aku mrh sgt dlm tmpt keje ktorg ada dibuat tmpat makan...mereka makan bila nmpak meow2 ni mereka main campak je tulang2 ikan atau ayam kdg2 nasi pun ada aku tgk ats lantai...eh..punya byk kertas lam tmpat aku keja ni diorg xreti guna ke? hr tu aku membebel..semua diam...aku br turun ternampak selonggok nasi putih tepi tiang...'haa...ni sapa punya kerja ni? niat dh baik dh..nak bg makan tp boleh tak lebih afdal di alas plastik atau kertas supaya bila kucing2 ni makan atau tak hbs makan lepas tu leh bungkus buang lam tong smpah?' semua tunduk2 je...

'ti tak pasal2 nama aku gak yg naik..balik2 aku yg bg kucing makan..yg tak elok semua kat aku nanti..korang? sedap2 cmpak makanan...ti kena hujan nasi tu lembik berbau..tau tak?...ke hidung dh rosak?

selama ni aku diam je nmpak mereka campak2 sisa makanan...aku tak tahanlah..betul2 tak tahan...mulut aku ni kdg2 bila dh hilang sbr memang tak dgr kata tuan..tapi bukan mencarut la..xmainlah carut2 ni...ceh!

bt pengetahuan korang aku smpai kul 7 pg...aku bg makan kat putih dan pacai...ada juga yg len yg xberapa jinak tp diorg pun nak makan kan..aku bg sekali...memang xde org nmpak...time mlm pun sm sebelum aku balik aku bg...pun semua org dh balik...tapi nama aku tetap gak naik...smpaikan mamat tu snggup g cari tau...pergi cari tahi kucing sekitar kawsn...memang hanjing betul lah...dia leh g tmpat2 sempit..pastu g belakang mesin2 semata2 nak cari taik kucing..memang tak jmpa la...taik tikus ngn kelawar adalah xde plak dia bising...aih sgp bersusah pyh menghidu TAIK cari TAIK...bodoh ke hape!

kdg2 aku terpikir...kenapa? kucing tak kacau dia pun...xpernah paper2 disini rosak mereka cakar2 sbb lepas lik keje pintu semua dikunci...kdg2 tgh2 mlm aku dtg lam kul 11 mlm atau 12 bg mereka makan memang mereka semua duk luar tgu aku...

ntah bila beliau2 ni ganggu mamat tu pun aku tak tau...percaya atau tidak..pernah branch lain yg dia manage minta aku design artwork untuk mereka..dia masuk bilik aku dia leh berckp ngn staf dia ms nak minta aku ubah sikit2 design tu, nak tukar itu tukar ini depan aku, dan staf dia ni jd org tgh cakap benda yg sama depan aku...dan aku mcm biasa, nak tukar apa2 pun aku ckp kat staf dia suruh bgtau dia yg tukar ni tak boleh...dia terus blah...profesional ke tidak mamat tu?

aku rs dia bengang tahap gaban ngn aku kot...erm...jgn cari pasal yer...




erydcat:
org layan kita baik..baiklah kita...
kalau kuang hajar...phm2 sudah...


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Salam kwn2 meow
(='v'=)

lmbat 2 hr bt entri ni..hehehe...xpelah kira masih sempat lagi...bila bercerita pasal tahun baru mesti ramai yg sibuk dok ckp2 sal azam...kan...hihi...

alhamdulillah..azam tahun lepas dpt ery laksanakan...insya allah azam tahun baru ni mudah2an akan tercapai...

selalunya benda yg baik2 yg kita harapkan tetapi selalunya memerlukan usaha agar segala yg dihajati tercapai...syukur pd Tuhan krn dipnjangkan umur memasuki tahun baru ini...mudah2an apa yg telah kita lakukan di berkati..

anak2 pun dh makin bertambah...sejak kehadiran cham2, nyinyi dan ari...rezeki sntiasa ada...merekalah penambah seri kat rumah tu selain memet, chemot, buboo, tamtam dan uning...anak2 semuanya sihat2...moga korang2 riang gumbira hidup dgn bie..:D

kepada kawan2...selamat tahun baru..semoga tahun baru ni lebih ohsem untuk aku dan juga korang...:)






erydcat:










hehehe...jgn slh tulis tahun ekk..
walaupun masuk thn baru..tapi hati sy tetap mcm dulu hikhik...:P
 

Copyright © eRy D cAt. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert