Pages

Wednesday, October 17, 2012

~ Skandal (1) ~


Salam kwn2 meow...


MEMET bersama skandalnya...

 tak sangka MEMET ada skendel!!! bgtau CHEMOT!!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



erydcat:
















errrr...nak jwb pe ekk..:P

Wednesday, October 10, 2012

~saya ada kawan(3)~


Salam kawan2 meow
(='v'=)

saya ada kawan baru, yg saya panggil PACAI...dpt nama ni sempena gabungan nama sepasang kapel kat tmpat keje nih, kapel yg tak berapa nak femes tp mereka tak tau hehehe...

pacai ni masa dtg kat cni (tak tau dtg sesat ke..org buang ke ntahlah) kurus melidi..xsempat nak amek gmbar tp ni makin hari dh membesar dh dia..baik...reti letak tgn kat tapak tgn kita bila kita hulur tgn...dia tepuk2..nak main agaknya...:D..suara pun halus mulus je...dan dia xjauh pergi selalu kat bwh kete ery...kalau hujan dia berteduh kat bwh pokok besar tepi tu je...

PACAI ni betina...PUTIH dan KATIK pun tak kisah berkongsi makanan dgn Pacai...tapi yg menyentuh hati ery kadang2 bila tgk dia seiras YATIMAH...sp2 yg dh folo blog ery dulu2 kenal lah sp Yatimah nih..mcm2 cerita tntang dia ditmpat keje ery ni...urmmm...(tetiba awan nano berada diatas kepala)

pacai makan wetput sehingga menjilat idong
Tengok corak dia, belang2 dia tu ngn ekor panjang berbadan kecil, selalu tersasul pgl yatimah...nama glemer nyer atim...tp pacai xkisah...dtg bermanja juga...

KATIK, PUTIH dan PACAI...sentiasa bertiga tak pernah bergaduh...mcm adik beradik dah..:)
tgk si Putih yg semakin comot tu..dia ni dh sebulan beranak 6 ekor anaknya, diletakan bawah mesin, berminyak2...baru2 ni dia alih dah anak dia kat gerai cina didepan tmpat aku keje ni..semalam ternmpak anak2 dia ngh terkinja2 bermain kul 11 malam selepas hujan, aku dtg mereka tak lari tp duduk bebaik smbil tgk mak dia si putih makan wetput yg aku bawa...nanti aku ceritakan tntang mereka pula...dan Ah Meng (tokeh kedai makan tu) xkisah..dia siap bt penghadang kayu tutup takut2 anak2 Putih terkena ujan...(sy hnya tersenyummm)

seiras kan gmbr yatimah ni ngn gmbar Pacai kat ats tu...rindu dgn Yatimah
Kadang2 rindu dgn Yatimah ni..maafkan bie krn xdpt menjaga kamu, nasib kamu pula ntah bagaimana, di kawasan rumah tuan baru kamu tu...bie selalu berdoa agar kamu sntiasa baik2 Yatimah...tapi bie yakin Yatimah cerdik...pandai cari tmpat berteduh...pandai jaga diri dan cari makan....apa2pun semuanya di tangan Tuhan...



erydcat:
rindu kat Yatimah...
tapi dgn kehadiran Pacai kdg2 terubat juga..

Monday, October 1, 2012

Twinkle..semoga kamu tenang disana...


Salam kwn2 meow

Twinkle @ Win, spt yg kita tau dia xberapa sihat sejak akhir2 ni (update sebelum ni leh tgk di blog tatak Gthans...) semalam bw Win ke klinik yg biasa ery bw anak2 bulus ery, dgn harapan win akan sembuh walaupun kita tau kemungkinan win kena sakit FIP.

pagi dah ramai yg menunggu dan ada yg tgh berckp dgn doktor mengenai kucing2 mereka yg memang tenat juga, tapi ery tak peduli sebab Win dah start pg tu kul 9.30 kejang2..tak leh tgu lama, ery nak dia diperiksa dulu, maaf kalau sy potong Q, doktor sndiri kata perut Win kembung penuh dgn air, kemungkinan Win kena FIP memang tak ada ubat nak sembuhkan dia.

tapi ery kata btlah apa sj doktor masuk kan air ke hape ke janji saya nak tgk dia angkat muka dan leh berjalan. doktor masukan air untuk bwh kulit dia, dan 1 lg dlm saluran darah dia, terus Win angkat kepala dan perlahan2 ke arah aku seolah2 ingin bermnja, doktor sendiri terkejut cepat betul tindak balas dari Win. Kuat sungguh semangat kamu Win...walaupun kamu masih kecil.

selepas tu doktor enjit antibiotik pula, nampak Win segar mata dia leh kelip2, dan mengeow kalau doktor berkata2 dengan dia. terus doktor masukan air lagi sebab badan dia perlu air, dlm perut dia penuh air tp air tu semua air tak sihat sbnryer...kesan dr penyakit FIP tu.

doktor suh tahan dia kat klinik untuk setiap 2 jam masukan air dlm badan, sebab Win tak mahu makan, doktor kata kena paksa dia makan wetfood, nanti petang baru ambil dia.

win kat opis dgn aku, dia lemah shj tp sekurang2nya dia dh leh berjalan...
aku tgk Win dah leh bangun betulkan keddukan dan leh berjalan walaupun perlahan...petang tu selepas hujan aku g amek Win di klinik, tapi doktor kata kat aku, mmg dia disahkan kena FIP, jd kena terima sebarang kemungkinan sbb sakit tu tiada ubatnya...yg boleh kita bantu apa shj untuk dia bertahan walaupun sbnryer Win tu sgt2 lemah spt kata doktor...beberapa hari ni doktor mintak ery bwk dia ke klinik untuk masukan air dlm badan, kalau dh ok baru stop...doktor bekalkan wetfood untuk dia. Kata doktor dia bagi shj.

teringat kata2 doktor ms last nak keluar klinik..'kita akan bantu apa sj untuk dia dan kita dah pun berusaha, skang ni bergantung pd semngat Win untuk lawan sakit tu, dan selebihnya doa..' aku phm maksud doktor tu...tapi kita akan cuba apa shj, Win mengeow nak keluar beg nak duduk diriba, bwk kete pangku dia balik ke opis semula, dia diam dan nak tidur...mgkin letih agaknya...

dibwh ni video Win selepas aku ambil dia di klinik, dia dah leh angkat muka tgk2 kita, doktor pun dh cakap dia sgt2 lemah sbnryer..

win lemah.
terpaksalah Win tgu aku hbs keje tapi dia tidur, cuma sesekali dia angkat muka tgk aku, balik rumah mlm tu dia mengeow kuat spt lapar..aku bg wetfood yg doktor bg tu, Win leh makan sendiri, tapi walaupun dia nak kunyah tp kesian tgk dia lemah terpaksa aku suapkan juga...

win ske duk ats bantal nih...dia diam shj..sesekali bgn nak bermanja...
nmpak bekas tu, bnyak dia makan dia mintak mcm nak mkn sndiri tp aku suakan juga...dia diam mcm tu je...
win mampu berjalan so aku yakin dia kuat..dia leh lawan sakit nih..semngat dia sgt2 kuat..
nmpak Win tahan sakit..kuat semangat kamu..
bila aku berckp dia pndang aku mcm paham, pgl nama dia beri respon, bg dia tidur ngn selesa, selimutkan dia...dia tidur mcm biasa.

tapi semuanya di tangan Tuhan, kita hnya mampu berikhtiar dan berdoa semoga Win akan sembuh...tapi pagi tadi tgh tidur aku terkejut sbb dia menendang2 tertarik2...tgk jam dah dekat 5 pagi...
gmbr pg td...lemah sgt..nak berjalan tak boleh dah..
sesekali mengerang, sedih sgt, kata aku pergilah win dgn tenang jgn tarik2 kejang mcm ni sedih tgk kamu terseksa mcm nih, maafkan bie yer...bie dh berusaha dah untuk kamu rs selesa, tp virus tu lebih kuat, memang niat nak bwk dia hr ni masukan air lagi mcm doktor minta..

win tenang ms dgr suara kakak kat telifon...(sedih rs, aku pun turut menangis bersama kakak smpai dah tak dpt berkata2..)
terus terang cakap..win pergi dgn sangat tenang seolah2 dia tak sakit, yg paling sedih bila dpt dgr suara kakak beberapa kali dia kelipkan mata dia, lepas tu dia terus pergi tinggalkan kita...

.... maafkan bie win, bie tak mampu buat apa2...kami semua dh berusaha...semoga kamu tenang disana..

..walaupun bie jaga kamu sekejap 2 3 hr tapi bie akan tetap ingat kamu smpai bila2...

*terima kasih buat semua terutama kakak gthans, marie dan pak ngah yg berusaha juga, dan sp2 yg membantu semasa Win tak sihat, dan xputus2 berdoa agar dia sembuh, tapi Tuhan lebih sayangkan dia..
 erydcat:
maaf kalau ayat tungang
lagang sbb beberapa kali 
kesat air mata ms taip entri nih..
lgpun dlm bilik ofis aku ni masih ada bau dia...apatah lg kakak,
RIP Win...

 

Copyright © eRy D cAt. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert